Travel Bersama Muiz: Potsdam

Hai.
Saya akan mula menulis mengenai setiap satu tempat yang saya telah lawati sepanjang saya travelling sambil study ni.

Untuk posting pertama ini, saya akan menulis mengenai Postdam! Tahukah anda kat mana itu Potsdam? Potsdam ni adalah bandar berdekatan dengan Berlin. Mari saya tunjukkan melalui peta!

Kenapa Potsdam? Ini tempat pertama yang kitaorg jelajah selepas sampai ke Berlin (walaupun ada je lalu kat Brandenburger Tor sebelum ni, tapi x sempat nak ambik gambar). Oh! Potsdam ni merupakan tempat dimana berlakunya perjanjian penting antara kuasa-kuasa besar selepas perang dunia kedua mengenai pembahagian kawasan negara Germany untuk ditadbir oleh mereka. Juga, Potsdam ni antara bandar lama yang kebanyakkan bangunan lama masih utuh berdiri selepas peperangan.(Banyak bangunan lama roboh semasa peperangan di Berlin ni)

Perjalanan saya sepanjang di Potsdam tu, ditemani oleh seorang pemandu pelancong (yang juga merupakan Tutor tempat saya belajar). Daripada Berlin korang boleh ambik S-Bahn (ambik tren S7) terus ke Potsdam.(Pastikan beli tiket ye!)

Schloss Cecilienhof (Istana Cecilienhof), Tempat dimana perjanjian antara kuasa-kuasa besar berlaku

Tempat pertama saya lawat adalah Neuen Garten Park (boleh gunakan Bas untuk ke sana). Kat taman ni banyak benda yang ada. Antaranya adalah tempat kediaman Crown Prince Wilhelm iaitu Schloss Cecilienhof.

Marmorpalais (Dalam bahasa Perancis)
Schloss Sanssouci pada hujung Winter. Kalau datang waktu summer, taman ini sangat cantik, dihiasi bunga-bunga

Dari situ, anda boleh menelusuri perkarangan rumah tu. Sangat besar dan ianya adalah taman! Di dalam taman itu terdapat Marmorpalais (Marble Palace) iaitu tempat kediaman Frederick William II of Prussia ketika beliau bercuti semasa musim panas. Terdapat banyak lagi bangunan-bangunan seperti dapur yang seakan-akan bangunan runtuh, tasik yang sangat besar dan lain-lain. Tidak ada gambar sebab saya tidak sempat untuk mengambil gambar.

Makam Raja Frederick William II dan terdapat banyak kentang diatas makam tersebut sebagai mengingati jasa beliau mengenalkan kentang kepada orang Jerman.

Selepas melalui taman tersebut, anda boleh lah ke Schloss Sanssouci(Sanssouci Palace). Tempat ni merupakan antara tarikkan utama pelancong di Potsdam. Disini anda akan terdapat makam Frederick William II bersama anjing-anjing nya. Terdapat cerita yang menarik mengenai Raja ini kerana beliau telah memperkenalkan kentang kepada orang-orang Jerman.

Dalam artikel akan datang nanti, saya akan menulis tentang perjalanan saya di Prague,Czech Republik, Krakow,Poland dan di Bratislava,Slovakia. Terima kasih kerana membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *