Travel Bersama Muiz : Prague, Czech Republik

Haritu dah janji kan nak tulis satu lagi posting mengenai perjalanan ke Prague. Bagi yang tidak pasti dekat mana Czech Republik ni kat dalam Peta dunia, boleh rujuk kepada imej dibawah. Prague terletak berdekatan dengan Germany dan mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan menggunakan bas.

Kedudukan Czech Republik

Kenapa Prague? Selain daripada dekat dengan Berlin, Prague juga terkenal dengan bangunan- bangunan lama yang sudah beratus tahun umurnya. Penginapan dan kos perjalanan pun agak murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Prague terbahagi kepada beberapa kawasan tetapi kawasan utama untuk pelancongan adalah Prague 1. Di dalam Prague 1 terdapat pelbagai bangunan-bangunan lama terutamanya Jambatan dan Church.

Kami telah menempah Bas yang bertolak pada pukul 12 Malam dari Berlin dan sampai sekitar jam 5 Pagi di Prague. Kos bas kami adalah sekitar 40 Euro untuk pergi dan balik. Adalah digalakkan untuk datang ke sini pada waktu Summer dan Spring supaya tak menggigil mcm kami pada waktu itu(Kami datang waktu hujung winter, Suhu memang 10-15 Darjah Selsius) . Apa yang menarik datang awal? Disini memang merupakan tempat perlancongan, jadi seawal jam 9 Pagi dah sesak dengan pelancong. Disebabkan kami datang awal, kami dapat melihat Old Town Centre secara menyeluruh tanpa lautan manusia. Hari pertama kami hanya menjelajah sebahagian daripada Prague 1. Kat dalam Prague 1 ni, anda boleh jalan kaki je. Kalau yang tak mampu nak banyak berjalan bolehlah guna pengankutan awam. Kekerapan yang agak tinggi dan murah. Gambar dibawah adalah beberapa pemandangan yang saya dapati semasa hari pertama.

Hari kedua, kami pergi ke salah satu tarikan utama iaitu Charles Bridge. Jambatan ini berusia lebih 600 tahun! Kalau nak dapat gambar pemandangan cantik kat sini, adalah digalakkan untuk pergi awal sebab sini memang akan sesak dengan manusia. Di bahagian seberang ini juga terdapat St.Vitus Cathederal. Menarik tentang Cathederal ini adalah ianya terletak di atas bukit! Anda boleh memilih untuk menaiki tangga yang tinggi atau menggunakan tram untuk ke atas bukit itu. Disini pun boleh dikatakan sangat banyak pelancong yang akan datang.

Untuk maklumat terperinci mengenai tarikkan utama di Prague 1 ni, boleh lah gunakan link ini sebagai rujukkan.
https://www.google.de/destination/map/topsights?q=tourist+attractions+in+prague&safe=off&client=opera&hs=s2I&site=search&output=search&dest_mid=/m/05ywg&sa=X&ved=0ahUKEwijsur8soHVAhXBXRQKHWAUDnkQ6tEBCDcoBTAA

Rasanya setakat ini perkongsian untuk kali ini. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya melalui Facebook. Artikel seterusnya adalah mengenai Berlin, Krakow(Poland), Bratislava(Slovakia) dan Vienna(Austria).

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *